Sunday 12 October 2014

Kerja Kosong Polis Bantuan (Konstabel) di AlHijrah Media Corporation (TV Al-Hijrah) - Oktober 2014

Kerja Kosong Polis Bantuan (Konstabel) di TV Al-Hijrah - Oktober 2014 - Iklan tawaran kerjaya Konstabel Polis Bantuan di AlHijrah Media Corporation (TV Al-Hijrah).

kerja kosong polis bantuan

Info ringkas syarikat: TV AlHijrah merupakan rangkaian pengendali stesen televisyen percuma ke udara milik kerajaan Malaysia, yang dimiliki dan dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation, sebuah syarikat milik kerajaan. Ia menjalankan aktiviti penyiaran dari ibu pejabat di Pusat Islam, Kuala Lumpur. Ia telah dilancarkan secara rasmi ia mula memulakan penyiaran di seluruh negara pada 7 Disember 2010.

Bagi sesi bulan Oktober dan November 2014, pihak TV AlHijrah mempelawa rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berbakat untuk mengisi jawatan seperti berikut:

POLIS BANTUAN (KONSTABEL)

Tanggungjawab:

•Memastikan persekitaran tempat kerja adalah selamat
•Memastikan keselamatan dari segi perbuatan merosakkan harta syarikat, kecurian barangan dan memberi perlindungan kepada kakitangan syarikat
•Merekod dan memantau kawalan keselamatan oleh semua individu yang memasuki premis syarikat
•Mengendalikan rondaan fizikal berkala pada masa yang ditetapkan di dalam premis
•Mengemaskini dan memastikan rekod-rekod keselamatan dalam keadaan baik.


Kelayakan:

• Rakyat Malaysia berumur 25 – 35 tahun (Lelaki/Perempuan)
• Kelayakan minimum SPM
• Polis Bantuan adalah digalakkan memohon
• Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malayu
• Boleh bekerja shif
• Mempunyai kesihatan yang baik
• Mempunyai kenderaan sendiri

Peluang pembangunan kerjaya dalam syarikat yang sangat baik. TV Alhijrah juga menawarkan pakej imbuhan yang menarik kepada calon-calon yang layak. Pemohon yang berminat hendaklah menghantar resume lengkap mereka menyatakan gaji semasa dan dipohon bersama-sama dengan foto saiz pasport (tidak dikembalikan) kepada:-


Jabatan Sumber Manusia
ALHIJRAH MEDIA CORPORATION (TV AlHijrah)
Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-22601600
Fax : 03-22601566
E-mail : jobs@tvalhijrah.com
Website : www.tvalhijrah.com

*Hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Tarikh Tutup : 1 November 2014