Tuesday 14 January 2014

Jawatan Kosong Polis

Jawatan Kosong Polis - Selamat datang ke blog Jawatan Kosong Polis. Menerusi blog ini Admin akan kongsikan beberapa maklumat atau info berkaitan dengan tawaran kekosongan jawatan Polis Diraja Malaysia.

Maklumat ringkas: PDRM mempunyai kakitangan 102037 pegawai dan lelaki. Nombor ini mencerminkan pelbagai tugas yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am kepada operasi yang dijalankan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA). Tugas Ketua termasuk kepolisan dan perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai di balai polis tradisional. Tugas 'bukan peraturan' yang dijalankan oleh PGA termasuk menghalang kemasukan pendatang tanpa izin dan kejayaan kini terkenal semasa pemberontakan komunis. Dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh orang awam, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan seperti simpanan Polis, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Polis Kor Kadet dan kakitangan awam. Kumpulan-kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Info tawaran kekosongan: Memandangkan iklan kekosongan jawatan polis ini tidak dibuka setiap bulan dan mempunyai tarikh rawak dimana apabila ada kekosongan jawatan maka barulah iklan kerjaya polis akan dibuka lalu disiarkan. Namun daripada pemerhatian admin selama beberapa tahun ini, tawaran jawatan selalu dibuka pada awal tahun bulan 1 dan 2, pertengahan tahun 6,7,8 serta di akhir tahun iaitu pada bulan 11 dan 12. Walau begitu anda perlu alert juga sekiranya terdapat info terbaru tawaran jawatan kosong polis.

Bagi memudahkan anda untuk mendapatkan maklumat dengan pantas mengenai kemaskini terkini jawatan kosong polis, maka blog ini ditubuhkan bagi memudahkan penyampaian maklumat mengenai kekosongan jawatan polis Malaysia. Selain blog ini, anda juga boleh like Facebook Page kami di SINI atau melalui kotak di sidebar kanan blog untuk mendapatkan maklumat secara terus ke wall facebook anda.

Antara jawatan kosong polis yang selalu ditawarkan:

Inspektor (Lelaki/Wanita)
Sarjan (Lelaki/Wanita)
Konstabel (Lelaki/Wanita)
Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)

Sekadar ini dahulu untuk sesi pengenalan, semoga maklumat yang bakal dikongsikan nanti bermanfaat dan dapat membantu anda menjawat jawatan sebagai anggota keluarga Polis diRaja Malaysia.