Tuesday 25 March 2014

Jawatan Kosong Polis Bantuan PPPNP

Jawatan Kosong Polis Bantuan PPPNP - Perbadanan Pembangunan pertanian Negeri Perak (PPPNP) kini membuka tawaran kerjaya kepada individu yang berkelayakan untuk menjawat jawatan kosong polis bantuan PPPNP.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dalam jawatan seperti berikut :


POLIS BANTUAN (LELAKI SAHAJA)
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK

jawatan kosong polis bantuan

A) KELAYAKAN DAN SYARAT – SYARAT

i. Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut system terbuka dengan lulus enam (6) mata pelajaran iaitu dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian termasuk Bahasa Melayu dalam satu peperiksaan ATAU dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut – turut

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh temuduga.

iii. Bekas – bekas Tentera dan Polis amat dialu – alukan.


B) KELAYAKAN FIZIKAL

i. Tinggi sekurang – kurangnya 1.67 M tanpa sepatu.

ii. Berat badan sekurang – kurangnya 53 Kg. Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25

iii. Ukuran dada biasa sekurang – kurangnya 79 sm dan 84 sm semasa menarik nafas.

iv. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan v / 6 / 9 tanpa cermin mata atau kanta lekap (contact lens).

v. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

vi. Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental serta lulus pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan x – ray.


C) CARA PERMOHONAN

i. Calon – calon yang berminat dan memenuhi syarat – syarat dikehendaki hadir ke sesi pemilihan di pusat temuduga yang ditetapkan dengan mengemukakan sijil SPM/PMR, Resume, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Persekolahan, lain-lain sijil yang berkaitan (salinan asal dan fotostat) dan sekeping gambar terkini berukuran passport.


D) KOD ETIKA PAKAIAN

i. Calon-calon yang hadir dikehendaki berpakaian kemas dengan memakai kemeja lengan panjang berwarna putih, tali leher, seluar slack berwarna hitam dan kasut pejabat.

ii. Calon-calon juga dikehendaki membawa kemeja-T, seluar sukan dan kasut sukan bagi tujuan ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan.


E) NOTA TAMBAHAN

i. Ujian kecergasan dan saringan air kencing pengambilan dadah terlarang yang dijalankan adalah sukarela dan tanpa apa-apa sebarang paksaan.

ii. Calon-calon yang ingin menjalani ujian kecergasan hendaklah berada dalam keadaan sihat.

iii. Pihak Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kemalangan, kematian atau apa-apa kesan akibat daripada menjalani ujian kecergasan dan saringan air kencing pengambilan dadah terlarang.

iv. Calon-calon dikehendaki membawa keperluan alat tulis.

v. Hanya calon-calon yang hadir sebelum jam 11.30 pagi sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi ujian fizikal, kawad dan kecergasan.

vi. Calon-calon yang lulus sesi ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan akan menghadiri Sesi Temuduga pada hari yang sama.

Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan "resume" yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. 3, JALAN TAMAN KINTA
TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,
PETI SURAT 228, 30730 IPOH.

(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA: 25 APRIL 2014

*Hanya calon-calon yang terpilih dan disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Sumber: www.PPPNP.gov.my

Semoga maklumat di atas dapat membantu anda menjawat jawatan polis, untuk dapatkan kemaskini terkini jawatan kosong polis, sila bookmark blog ini di browser (pelayar web) anda atau like Facebook Fan Page Jawatan Kosong Polis untuk mendapatkan notifikasi terkini mengenai jawatan kerja kosong polis.

No comments:

Post a Comment