Wednesday 26 March 2014

Jawatan Kosong Polis Sarjan (Lelaki/Wanita)

Jawatan Kosong Polis Sarjan (Lelaki/Wanita) - Berikut Admin kongsikan butiran-butiran lanjut mengenai jawatan Sarjan (Lelaki/Wanita) yang harus anda ketahui sebelum anda memilih apa-apa jawatan di dalam Polis Diraja Malaysia.

KLASIFIKASI : Sarjan (Lelaki/Wanita)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Sokongan
GRED GAJI / JAWATAN : YA5
JADUAL GAJI : RM 1,711.00 - RM 5,199.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 150.00


SYARAT LANTIKAN:

Skim Perkhidmatan bagi jawatan Sarjan yang dikeluarkan melalui:

i) Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan
Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51); dan

ii) Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan
Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan
JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4.

a) Terdiri Daripada Warganegara Malaysia.

b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh
pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA).


c) Kelayakan Akademik :

i) Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan,
undang-undang kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang
diperlukan yang diiktiraf olej kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA5]; dan

ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



d) Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti
berikut :-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan
V/6/9 tanpa alat bantuan.
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar
(kerajaan).


DESKRIPSI TUGAS:

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas, dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

Cara Permohonan Jawatan Polis Sarjan (Lelaki/Wanita)

Untuk melakukan permohonan untuk jawatan ini, sila rujuk artikel Permohonan Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dapatkan pautan terus ke halaman permohonan.

Semoga bermanfaat, sekian.

No comments:

Post a Comment