Wednesday 26 March 2014

Jawatan Kosong Polis Konstabel Orang Asli (Lelaki)

Konstabel Orang Asli (Lelaki) - Berikut Admin kongsikan butiran-butiran lanjut yang harus anda ketahui sebelum menjawat jawatan kosong polis iaitu maklumat mengenai pangkat Konstabel Orang Asli (Lelaki) di dalam Polis Diraja Malaysia.

KLASIFIKASI : Konstabel Orang Asli (Lelaki)
GRED GAJI / JAWATAN : YP1
JADUAL GAJI : RM 966.00 - RM 2,663.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 85.00

SYARAT LANTIKAN:

Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Orang Asli yang dikeluarkan melalui:

i) Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51); dan

ii) Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4.

a) Terdiri Daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli (mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974);

b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan.

c) Kelayakan Akademik :

i) Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YP1];

ii)Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


d) Kelayakan Fizikal: Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m dan tanpa sepatu.
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan
V/6/9 tanpa alat bantuan.
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar
(kerajaan).


Cara Permohonan Jawatan Polis Konstabel Orang Asli (Lelaki)

Untuk melakukan permohonan untuk jawatan ini, sila rujuk artikel Permohonan Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dapatkan pautan terus ke halaman permohonan.

Semoga bermanfaat, sekian.

No comments:

Post a Comment