Wednesday 26 March 2014

Jawatan Kosong Polis Inspektor (Lelaki/Wanita)

Jawatan Kosong Polis Inspektor (Lelaki/Wanita) - Berikut Admin kongsikan butiran-butiran lanjut mengenai jawatan Inspektor (Lelaki/Wanita) yang harus anda ketahui sebelum anda memilih apa-apa jawatan di dalam Polis Diraja Malaysia.

KLASIFIKASI : Inspektor (Lelaki/Wanita)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Pengurusan dan Profesional
GRED GAJI / JAWATAN : YA13
JADUAL GAJI : RM 2,329.00 - RM 8,883.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 230.00


SYARAT LANTIKAN:

Skim Perkhidmatan bagi jawatan Inspektor yang dikeluarkan melalui:

i) Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan
Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51); dan

ii) Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan
Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan
JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4.


a) Terdiri Daripada Warganegara Malaysia.

b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda/ Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PHD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

c) Kelayakan Akademik :

i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau

ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau

iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau

iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau

v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau

vi) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau

vii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau

viii) Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau

ix) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Forensik, Matematik atau Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13];

xii) Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



d) Kelayakan Fizikal

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasuingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa alat bantuan.
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii) Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray.


DESKRIPSI TUGAS:

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas, dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

Cara Permohonan Jawatan Polis Inspektor (Lelaki/Wanita)

Untuk melakukan permohonan untuk jawatan ini, sila rujuk artikel Permohonan Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dapatkan pautan terus ke halaman permohonan.

Semoga bermanfaat, sekian.

No comments:

Post a Comment