Wednesday 26 March 2014

Permohonan Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Perhatian kepada mana-mana rakyat Malaysia yang ingin manabur bakti bersama Polis diraja Malaysia, dimaklumkan bahawa permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA): www.spa.gov.my.

Syarat-syarat permohonan

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana dan tidak melebihi daripada 35 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran. Sila rujuk Skim Perkhidmatan PDRM di bawah untuk melihat jadual gaji, syarat lantikan (akademik dan fizikal) dan deskrepsi tugas untuk setiap jawatan yang ditawarkan:

Inspektor (Lelaki/Wanita)
Sarjan (Lelaki/Wanita)
Konstabel (Lelaki/Wanita)
Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)
Konstabel Orang Asli (Lelaki)

Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan ini : http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Maklumat lanjut mengenai jawatan kosong polis, anda boleh terus menghubungi talian : 03-2266 8350 / 8344 / 8347. (Unit Pengambilan PDRM)

Semoga maklumat yang Admin kongsikan di atas bermanfaat buat anda dan dapat membantu anda memperolehi info pantas mengenai tawaran kerjaya di Polis Diraja Malaysia.

No comments:

Post a Comment